Hukuman yang dikenakan Hakim Daerah ke atas Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) yang juga Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, pada 17 Februari telah “mengabaikan bukti penting” berkaitan dua perkara kritikal, kata peguam belanya, Encik Andre Jumabhoy.
Dalam perbicaraan rayuan di Mahkamah Agung pada 4 November, Encik Jumabhoy berkata perkara pertama melibatkan anak guamnya yang menafikan beliau memberitahu bekas Anggota Parlimen...





