MANILA: Taufan Super Fung-wong membadai pesisir timur Filipina pada 9 November, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan memaksa lebih sejuta orang berpindah ke tempat lebih selamat, kata perkhidmatan cuaca kebangsaan.
Ribut taufan itu, dengan radius yang merangkumi hampir seluruh Filipina, melanda wilayah Aurora di pulau utama Luzon yang paling teruk terjejas.





