KOTA TINGGI (Johor): Ekoran pencemaran sungai, kumpulan nelayan dalam kerisauan dan berusaha ke sana sini mencari rezeki.
“Kami semakin buntu memikirkan masa depan kumpulan nelayan di perkampungan Orang Asli Sayong Pinang di sini yang terpaksa menganggur sejak lebih seminggu akibat pencemaran,” kata nelayan sungai, Encik Azizan Mohsin, 32 tahun.





