KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), melaksanakan beberapa perancangan kukuh untuk mengekalkan serta menarik pulang tenaga kerja berkemahiran tinggi, dalam usaha menangani cabaran penghijrahan bakat profesional Malaysia ke luar negara, khususnya ke Singapura.
Dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen Malaysia, kementerian itu berkata antara langkah utama ialah pelaksanaan Program Knowledge Worker di bawah Zon...





