Rakyat Singapura akan menerima rebat cukai hartanah sekali sahaja sebanyak 15 peratus bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami pemilik pada 2026, bagi membantu mengurangkan kesan kenaikan cukai hartanah.
Mereka yang tinggal di rumah privet yang diduduki pemilik juga akan menerima rebat sebanyak 10 peratus, dengan had maksimum $500, menurut kenyataan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil...





