Di sebalik rintihan mengenai kos sewa yang meningkat, kesukaran mencari tenaga kerja dan tekanan mengurus kos bahan mentah, industri makanan dan minuman (F&B) tempatan masih bertahan meskipun berhadapan cabaran agak berat pada masa ini.
Lebih daripada sekadar menjual makanan dan minuman, para pengusaha ini menimba pengalaman, memelihara warisan, mencipta inovasi, dan mencorak ruang agar pelanggan berasa seperti berada di rumah...





