Golongan kurang upaya dan anggota keluarga mereka bakal menerima sokongan dan perlindungan yang lebih kukuh merentasi pelbagai peringkat kehidupan dengan terbentuknya pasukan petugas berbilang agensi baru pada masa akan datang, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
Beliau akur akan kebimbangan yang diutarakan penjaga golongan kurang upaya berhubung aspek kesediaan pekerjaan, usaha membantu golongan tersebut menjalani kehidupan berdikari, serta keperluan sokongan jangka...





