Woodlands dijangka menjadi bandar pertama di Singapura yang melaksanakan inisiatif kesihatan khusus untuk penduduknya, menurut tender yang dikeluarkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di portal perolehan pemerintah, GeBIZ pada 16 Disember.
Bagi tujuan itu, HPB sedang mencari kontraktor untuk membantu mereka, membangunkan, dan menghasilkan buku panduan yang akan membimbing pemimpin masyarakat, sukarelawan dari pusat penuaan aktif dan organisasi akar umbi.





