Penyanyi dan pelakon Malaysia, Ayda Jebat tampil memberi penjelasan susulan tajuk lagu terbarunya, Kentoot mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33 tahun, pemilihan tajuk tersebut dibuat selepas perbincangan bersama pasukan penerbitan yang mahukan sesuatu yang kedengaran unik dan mudah diingati.





