JAKARTA: Dana kekayaan berdaulat Indonesia, Danantara, mengumumkan bahawa kerja pembinaan awal bagi projek mega Kompleks Haji Indonesia di Makkah akan dimulakan pada tahun 2026 ini, menandakan langkah penting Indonesia untuk membangunkan sebuah “kampung” khusus bagi jemaahnya berhampiran Masjidil Haram.
Sebagai asas projek, Danantara telah memeterai perjanjian bernilai AS$500 juta ($642 juta) bagi memperoleh Novotel Makkah Thakher, sebuah hotel yang sudah...





