KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadia Kesuma yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, didapati sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.





