Bakat seni pelakon wanita, Nadiya Nisaa, 40 tahun, dibuktikan menerusi pelbagai naskhah hebat yang ditayangkan di televisyen mahupun layar perak.
Ternyata, minat mendalam terhadap bidang seni persembahan sebenarnya sudah mula berputik dalam jiwa Nadiya, atau nama sebenarnya, Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, sejak kecil hasil sokongan padu daripada ibunya.





