Penguasa Palestin (PA) melihat Singapura sebagai rakan lama yang memainkan peranan penting dalam pembangunan institusi dan modal insan Palestin, kata Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin, Dr Estephan Salameh, selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari ke negara ini.
Beliau berkata lawatan itu bukan sekadar pertemuan diplomatik, sebaliknya sebahagian usaha mempelajari pengalaman pembinaan negara yang berjaya dilaksanakan Singapura.





