JAKARTA: Pemerintah Indonesia memantau rapi hampir 59,000 jemaah umrah rakyatnya yang kini berada di Arab Saudi susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di Asia Barat sehingga menjejaskan jadual penerbangan antarabangsa.
Ketua Pengarah Pelaksanaan Haji dan Umrah, Encik Puji Raharjo, berkata pihak berkuasa menjejak perkembangan keadaan dari semasa ke semasa dan meminta jemaah kekal tenang serta berhubung rapat dengan pengendali perjalanan...





