SYDNEY: Saham syarikat penerbangan menjunam pada 2 Mac, dengan saham Cathay Pacific dari Hong Kong, Singapore Airlines (SIA), Japan Airlines dan Qantas Airways dari Australia jatuh lebih 5 peratus.
Ini selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada 28 Februari, sekali gus mengganggu laluan udara dan mencetus kenaikan harga minyak.





