GALLE: Sebuah kapal perang Iran kedua dilaporkan sedang menghampiri perairan wilayah Sri Lanka pada 5 Mac, sehari selepas sebuah kapal selam Amerika Syarikat menenggelamkan sebuah frigat Iran berhampiran pantai selatan negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 87 kelasi.
Menteri Media Sri Lanka, Encik Nalinda Jayatissa, memberitahu Parlimen bahawa kapal perang tersebut kini berada di luar perairan Sri Lanka, namun beliau tidak memberikan...





