Parti politik berteraskan Melayu/Islam dan Bumiputera di Malaysia mencatat sejarah apabila pertama kali duduk semeja berbincang serta mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum.
Pertemuan sempena Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera pada malam 5 Mac itu dilihat simbolik permulaan penyatuan parti Melayu/Islam, seperti yang dihasratkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di pentas Perhimpunan Agung Umno...





