PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang baru sahaja disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), nekad meneruskan hasratnya membentuk entiti politik baru, menolak lamaran untuk kembali menyertai Umno.
Walaupun hala tuju sebenarnya masih samar, Ahli Parlimen Larut, Perak, itu telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang menghimpunkan pemimpin daripada seluruh parti komponen gabungan pembangkang, Perikatan Nasional...





