Seorang lelaki berusia 59 tahun dijadual didakwa pada 11 Mac berhubung empat video TikTok yang didakwa menggalakkan perasaan permusuhan antara kaum serta mengandungi kenyataan fakta palsu.
Video tersebut dimuat naik di TikTok pada 2023 dan 2025, menurut polis dan Pejabat Pofma, yang mentadbir Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma), dalam satu kenyataan bersama pada 10 Mac.





