IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung tugas serta-merta dua anggotanya sementara siasatan dijalankan berhubung dua kejadian membabitkan kenderaan jabatan itu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata ia termasuk kes melibatkan kemalangan maut di Tanah Merah, Kelantan, pada 20 Mac lalu, dan satu insiden berkaitan video tular menunjukkan kenderaan JPJ memotong di garisan berkembar, namun, kededuanya membabitkan anggota dan...





