KUANTAN: Penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kuantan, Pahang, yang sebelum ini didakwa atas tuduhan mencemarkan Al-Quran dan melakukan hantaran jelik melampau di media sosial, telah dibuang dari universiti itu.
Naib Canselor UMPSA, Profesor Yatimah Alias, berkata proses tatatertib terhadap penuntut lelaki itu telah selesai baru-baru ini selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA bersidang pada 9 Mac lepas.





