KUALA LUMPUR: Seramai 17 individu termasuk dua warga Singapura ditahan oleh Unit Penguat Kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, atas pelbagai kesalahan imigresen.
AKPS dalam satu kenyataan, berkata semua tangkapan pada hari ketiga Syawal pada 23 Mac itu, dilakukan Unit Penguat Kuasa AKPS hasil pemantauan 24 jam di...





