Kerajaan Johor mempergiat usaha memperkukuh bekalan air negeri menerusi penyaluran air mentah dari Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang, selain memastikan projek pelebaran Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) berjalan lancar mengikut jadual.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah penyaluran air tersebut dilaksanakan sebagai antara inisiatif penting bagi menangani kesan kemarau serta memastikan...





