JAKARTA: Indonesia akan menyerap kenaikan mendadak kos ibadah haji bagi 2026 susulan lonjakan harga minyak sejagat dan risiko geopolitik di Timur Tengah yang meningkatkan kos perjalanan ke Tanah Suci.
Menteri Haji dan Umrah, Encik Mochamad Irfan Yusuf, berkata jumlah keseluruhan kos berkaitan haji meningkat sebanyak 26.5 peratus atau 1.77 trilion rupiah ($131 juta), daripada 6.69 trilion rupiah kepada 8.46 trilion...





