KUALA LUMPUR: Tindakan tidak berkongsi foto bersama isteri pada Aidilfitri lalu, mengundang spekulasi kononnya rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim kembali bergolak.
Namun, Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 32 tahun, menepis dakwaan itu dan menegaskan perkongsian di media sosial bukan penentu keadaan sebenar sesebuah hubungan, lapor Berita Harian Malaysia.





