BANGKOK: Thailand akan meneruskan rancangan besar untuk menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik melalui projek ‘jambatan darat’ susulan ketegangan di Selat Hormuz yang menonjolkan kepentingan laluan perdagangan utama dunia.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Encik Phiphat Ratchakitprakarn, berkata kerajaan akan mempercepatkan pembangunan projek itu yang dijangka menelan kos sehingga 1 trilion baht ($40 bilion).





