Dengan ketangkasan yang luar biasa, Encik Collins Mark Adam, giat meluncur di serata Singapura, mengetuai pelbagai sesi latihan bagi sukan papan selaju atau ‘surfskate’ dengan penuh semangat.
Namun, rentak kehidupannya berubah dalam sekelip mata pada 2024 tatkala perlu menelan berita pahit bahawa beliau menghidap Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS), iaitu sejenis penyakit motor neuron (MND).





