BARCELONA: Penyerang Lamine Yamal dijangka tidak akan bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia melibatkan Sepanyol menentang Cape Verde pada 15 Jun di Atlanta kerana kecederaan otot paha belakangnya, lapor The Athletic pada 18 Mei.
Rakan sepasukan Yamal di Barcelona, Fermin Lopez, pula kurang bernasib baik selepas beliau diketepikan untuk skuad Piala Dunia Sepanyol kerana patah kaki kanan yang memerlukan pembedahan.





