Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melabel pemimpin muda sebagai “budak-budak” ketika mengulas pendirian Barisan Nasional (BN) Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dipertikai, disifatkan tidak wajar dikeluarkan seorang pemimpin negara.
Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Syed Hussien Syed Abdullah, melahirkan kekecewaan mendalam terhadap ungkapan itu.





