Teruja melihat anaknya berinteraksi dengan sebuah robot kecerdasan buatan (AI), Cik Nur Elyna Arjuna, tidak menyangka pengalaman itu akan mengubah sedikit pandangannya terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran kanak-kanak.
Cik Nur Elyna, 30 tahun, sebelum ini memilih untuk tidak mendedahkan keempat-empat anak beliau, berusia antara tiga bulan dengan tiga tahun, kepada skrin atau peranti digital di rumah.





