Ketidaktentuan ekonomi sejagat terutama konflik di Iran yang turut memberi kesan kepada lonjakan kos sara hidup mendorong rakyat Malaysia semakin aktif mengusahakan kebun serta penternakan kecil-kecilan di ruang lapang di rumah bagi mengurangkan perbelanjaan barang dapur.
Kebimbangan terhadap kesan perang Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran yang memberi tekanan kepada harga bahan api dan rantaian bekalan makanan sejagat ketika ini, menyebabkan...





