Uji minda anda!
Pekerja khidmat luaran (outsourced worker) di bawah Model Gaji Progresif (PWM) bakal menerima cuti tahunan minimum sebanyak 10 hari, meningkat daripada tujuh hari.
Langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 2029, dan akan memberi manfaat kepada sekitar 60 peratus pekerja khidmat luaran merentasi lima sektor PWM iaitu pembersihan, keselamatan, landskap, lif dan eskalator, serta pengurusan sisa.
Setiausaha Agung Parti Pembaharuan (RP), Encik Kenneth Jeyaretnam, telah meninggal dunia pada 18 Julai.
Beliau berusia 67 tahun.
MIAMI: Penyerang Perancis, Kylian Mbappe, muncul sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan rekod 22 gol.
Ini selepas Mbappe menjaringkan dua gol, ketika pasukan bergelar Les Bleus itu tewas 4-6 kepada England dalam aksi penentuan tempat ketiga pada 18 Julai.
NEW YORK: Perhatian peminat bola sepak dunia bakal tertumpu sepenuhnya ke bandar raya New York menjelang aksi kemuncak Piala Dunia pada 19 Julai, namun lokasi bagi aksi penentu kejuaraan bagi edisi 2030 kini menjadi isu perbalahan diplomatik dan politik yang sengit.
Maghribi, Portugal dan Sepanyol dipilih sebagai penganjur bersama Piala Dunia 2030, namun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) masih belum...
JAKARTA: Seorang lelaki warga Singapura ditahan di utara Jakarta pada 17 Julai selepas pihak berkuasa Indonesia menyerbu rumah yang dijadikan makmal memproses vape mengandungi dadah jenis etomidate, atau lebih dikenali sebagai Kpods.
Media tempatan, IDN Times, mengenal pasti suspek berusia 34 tahun itu dengan nama singkatan LHM, yang juga menggunakan alias ‘Hayden’.





