KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 4,557 kes kehilangan kanak-kanak sejak 2021 hingga 2025, dengan peningkatan setiap tahun kecuali bagi 2023.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata 2023 merekodkan penurunan jumlah kes sebanyak 13.8 peratus berbanding 2022.





