Dunia maya tertutup memberi ruang kepada individu rentan mencipta alasan sendiri bagi keganasan, berdasarkan kandungan ekstremis berbeza yang tersedia dalam talian.
WacanaJul 2, 2026 | 2:32 PM

Nilai semula usaha pemulihan dalam era ekstremisme berbilang ideologi

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura baru-baru ini mendedahkan dua lagi kes melibatkan warga tempatan yang dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kegiatan berkaitan pengganasan.

Kes tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dikenakan Perintah Tahanan (DO) dan seorang pelajar berusia 19 tahun yang dikenakan Arahan Sekatan (RO).

Majlis memperbaharui memorandum kerjasama antara EnterpriseSG dengan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) pada 2 Julai disaksikan oleh (dari kiri) Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang; Pengerusi EnterpriseSG, Encik Lee Chuan Teck; Presiden Jetro, Encik Susumu Kataoka; dan Duta Jepun ke Singapura, Encik Hiroshi Ishikawa.
SingapuraJul 2, 2026 | 6:12 PM

S’pura, Jepun tingkat kerjasama dalam bidang utama seperti AI, jagaan kesihatan

Jepun dan Singapura menegaskan semula komitmen mereka untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam bidang utama seperti pendigitalan, peralihan hijau dan penjagaan kesihatan.

Dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Four Seasons di Orchard pada 2 Julai, Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) memperbaharui memorandum kerjasama (MOC) mereka untuk tempoh tiga tahun lagi.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan berhampiran persimpangan Orchard Road dan Buyong Road pada sekitar 3 pagi, 2 Julai.
Jenayah dan mahkamahJul 2, 2026 | 5:43 PM

2 ditahan, 4 lagi dibawa ke hospital selepas didakwa gaduh di Orchard Road

Dua lelaki ditahan dan empat lagi dibawa ke hospital selepas pergaduhan didakwa berlaku di luar sebuah hotel di Orchard Road pada awal pagi 2 Julai.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan berhampiran persimpangan Orchard Road dan Buyong Road pada sekitar 3 pagi.

Encik Harjuna Mappe (kanan, depan) telah bertemu semula dengan adik perempuannya, Allahyarhamha Djohari Mappe (tengah, depan) pada 2017 di Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia, setelah lebih 40 tahun terpisah. Bersama dalam gambar (dari kiri) Cik Hamidah Solman, Encik Budi Irama Harjuna, Encik Muhammad Hendra Cipta Harjuna, Encik Has Gunawan Harjuna, Cik Nur Rapika Mesra Harjuna dan Cik Nur Arinah Haziqah Harjuna.
Mata-mataJul 2, 2026 | 5:40 PM

Abang di S’pura bertemu semula adik di Indonesia setelah terpisah lebih 40 tahun

Selama bertahun-tahun, Encik Harjuna Mappe memendam harapan yang dirasakannya mustahil untuk dicapai.

Penduduk Singapura berusia 83 tahun itu ingin kembali ke tanah kelahirannya di Indonesia dan berjumpa dengan keluarga yang lama terpisah akibat perang di Sulawesi Selatan pada 1950-an.

perancah kayu, risiko kebakaran, peraturan keselamatan Singapura
SingapuraJul 2, 2026 | 5:29 PM

S’pura ketat peraturan perancah kayu bagi kurangkan risiko kebakaran

Bagi mengurangkan risiko kebakaran, semua perancah kayu di Singapura perlu dirobohkan dalam tempoh tiga bulan selepas dibina, berbanding tempoh semasa iaitu sembilan bulan.

Peraturan itu, yang bertujuan mengurangkan jumlah bahan kayu mudah terbakar di tapak pembinaan, akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada 2 Julai.

Sekumpulan 35 sami Buddha bersama lima pengikut awam sedang berjalan di tepi jalan di wilayah Mukdahan dalam satu perjalanan keagamaan pada 2 Julai ketika kejadian itu berlaku.
DuniaJul 2, 2026 | 4:55 PM

Lapan sami maut dirempuh budak 11 tahun ketika perarakan di Thailand

BANGKOK: Lapan sami Buddha maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah pikap dipandu budak lelaki berusia 11 tahun merempuh satu perarakan keagamaan di timur laut Thailand pada 1 Julai.

Kejadian berlaku di wilayah Mukdahan ketika sekumpulan 35 sami bersama lima pengikut awam sedang berjalan di tepi jalan dalam satu perjalanan keagamaan.

Kanak-kanak tiga tahun ditemui hidup enam hari selepas gempa bumi di Venezuela
Play Video

Dua gempa besar gegar Venezuela, puluhan maut dan ratusan cedera
Play Video

140 keluarga terima agihan daging korban menerusi SalamSG
Play Video

Dari reban ke sawah: Anak ‘kota’ S’pura nikmati pengalaman unik di Pekan Nenas
Play Video

Kasih ibu bapa jadi ‘mata’ untuk anak yang lahir tanpa kelopak mata
Play Video