KUALA LUMPUR: Malaysia terus mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) bagi memastikan dokumen perjalanan itu, yang kini disenaraikan sebagai pasport ketiga paling berkuasa di dunia, kekal selamat, sukar dipalsukan serta mematuhi piawaian antarabangsa.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, berkata versi baharu PMA yang menampilkan 94 ciri keselamatan berbanding 49 yang dikeluarkan bermula 1 Julai, adalah antara...





