Lebih 1,000 ruang pengecasan awam kenderaan elektrik (EV) di Singapura akan dipindahkan kepada SP Mobility mulai 2 Julai, menyusuli pengambilalihan syarikat pengendali perkhidmatan pengecasan, ChargEco.
Sepanjang tempoh peralihan itu, pelanggan ChargEco masih boleh terus mengakses ruang pengecasan berkenaan menerusi aplikasi sedia ada mereka.





