Jepun dan Singapura menegaskan semula komitmen mereka untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam bidang utama seperti pendigitalan, peralihan hijau dan penjagaan kesihatan.
Dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Four Seasons di Orchard pada 2 Julai, Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) memperbaharui Memorandum Kerjasama (MOC) mereka untuk tempoh tiga tahun lagi.





