Penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026 kini membenarkan penonton membawa kamera profesional dan melakukan penstriman ‘live’ atau secara langsung perbarisan di Stadium Negara.
Dalam hantaran terkini di Instagram dan Facebook pada 4 Julai, akaun rasmi NDP, NDPeeps, memaklumkan bahawa senarai barangan larangan di Kallang disemak semula, menjelang perbarisan yang bakal diadakan semula di Stadium Negara, selepas 10 tahun.





