RIYADH: Arab Saudi kini berusaha menarik pelabur swasta bagi membiayai pembinaan roda Ferris gergasi bernilai AS$135 juta ($173 juta) di Madinah sebagai sebahagian usaha memperluaskan tarikan pelancongan untuk jemaah haji, umrah dan pelancong domestik.
Projek dikenali sebagai Hijaz Eye itu disenaraikan dalam platform Invest Saudi, pangkalan data kerajaan yang menghimpunkan kira-kira 2,200 peluang pelaburan negara.





