Walaupun pemeriksaan mengejut penting bagi memastikan rumah jagaan mengambil tindakan pembetulan dan mengekalkan peningkatan, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Encik Tan Kiat How, berkata adalah mustahil untuk “menghapuskan dan mengelakkan kelemahan daripada berulang” sepenuhnya.
Berucap di Parlimen pada 7 Julai, Encik Tan berkata Kementerian Kesihatan (MOH) menjalankan audit secara tetap, semakan tematik khas dan pemeriksaan ke atas rumah jagaan sebagai sebahagian...





