Aplikasi web baharu, ‘Doa Bersama’,bertujuan membantu ibu bapa menerapkan amalan agama dalam kehidupan anak melalui tabiat harian yang mudah dipupuk dengan memanfaatkan teknologi seperti unsur permainan.
Gaya hidupJul 9, 2026 | 5:30 AM

Aplikasi baharu bantu ibu bapa dekatkan anak dengan Al-Quran

Ibu bapa kini boleh menjadikan Al-Quran sebagai panduan harian untuk anak dengan lebih mudah menerusi aplikasi web baharu yang membolehkan mereka mendapatkan bimbingan berdasarkan ayat suci, tanpa perlu memahami bahasa Arab.

Demikian matlamat di sebalik, Doa Bersama, yang dilancarkan pada Jun oleh syarikat teknologi keibubapaan hrtg, bagi membantu keluarga Muslim menjadikan Al-Quran sebahagian daripada kehidupan seharian dengan cara yang lebih...

Penyerang Danelle Tan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 Singapura menentang Malaysia di peringkat kumpulan Piala Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 16 Julai.
SukanJul 17, 2026 | 12:59 PM

Singa wanita akhiri kemarau 6 perlawanan menentang Malaysia, jaya ke separuh akhir Piala AFF Wanita

Pasukan bola sepak wanita Singapura menempah tempat di separuh akhir Piala Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), selepas kemenangan 3-1 menentang Malaysia dalam peringkat kumpulan pada 16 Julai.

Kemenangan itu membawa Singa wanita – berada di kedudukan ke-151 dunia dan sebelum ini seri 1-1 menentang Laos pada 10 Julai – ke tempat teratas Kumpulan A dengan empat mata, manakala Laos...

Nelayan mengikat bot selepas pulang dari laut di pelabuhan tradisional Kampung Bungko Lor, Cirebon, Jawa Barat. Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berkata rakyat Indonesia bukan bangsa malas, sebaliknya bekerja keras dalam sektor seperti perikanan, pertanian dan perladangan. Indonesia juga merupakan antara penyumbang utama tenaga kerja kepada industri perikanan global.
DuniaJul 17, 2026 | 12:25 PM

Prabowo sangkal dakwaan rakyat Indonesia malas, kuat tidur

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, menolak tanggapan bahawa rakyat Indonesia merupakan bangsa yang malas dan gemar tidur, sebaliknya menegaskan masyarakat negara itu bekerja keras setiap hari demi menyara kehidupan walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Beliau berkata, persepsi negatif itu tidak menggambarkan realiti sebenar kerana jutaan rakyat Indonesia bangun seawal pagi untuk bekerja sebagai petani, nelayan, pekebun dan buruh, malah ada...

Biasiswa Pemerkasaan SingCham 2026 bergambar bersama Duta Singapura ke Indonesia, Kwok Fook Seng (berdiri, empat dari kiri); Pengerusi SingCham Indonesia, Shoeb Kagda (berdiri, enam dari kanan), serta wakil syarikat penaja pada majlis penyampaian biasiswa. Tahun 2026i, SingCham meningkatkan jumlah penerima daripada lapan kepada 13 pelajar, selain memperluaskan program ke Bandung bagi menyediakan bantuan kewangan, latihan industri dan bimbingan profesional untuk melahirkan bakat muda Indonesia yang bersedia menghadapi dunia pekerjaan.
DuniaJul 17, 2026 | 12:15 PM

Dewan Niaga S’pura tambah penerima biasiswa, bangun bakat profesional Indonesia

Seramai 13 pelajar Indonesia bakal menerima peluang menjalani latihan industri dan bimbingan daripada pemimpin kanan syarikat Singapura yang beroperasi di Indonesia selepas dianugerahkan biasiswa oleh komuniti perniagaan Singapura di negara itu.

Selain bantuan kewangan, biasiswa itu turut menyediakan program pembangunan profesional dan persediaan kerjaya bagi membantu penerima memperoleh pengalaman industri, memperkukuh kemahiran serta meningkatkan kesiapsiagaan mereka untuk memasuki alam pekerjaan.

Timbalan Ketua Polis Denpasar, AKBP I Ketut Widiarta (tengah), menunjukkan barang bukti yang dirampas dalam kes pembunuhan seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun yang dipercayai dibunuh teman lelakinya, seorang warga Singapura, pada sidang media di Denpasar, Bali, semalam. Suspek ditahan kurang tiga jam selepas mayat mangsa ditemukan tersembunyi di sebuah rumah sewa selepas dipercayai dicekik akibat konflik hubungan.
DuniaJul 17, 2026 | 12:09 PM

Warga S’pura 25 tahun ditahan disyaki bunuh teman wanita di Bali

DENPASAR, Bali: Seorang lelaki warga Singapura ditahan polis Indonesia selepas disyaki membunuh teman wanitanya di sebuah rumah sewa di Denpasar, Bali, sebelum menyembunyikan mayat mangsa selama beberapa hari dengan menutupnya menggunakan patung permainan dan permaidani.

Suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai MZ ditahan pada malam 15Julai, kurang tiga jam selepas polis menerima laporan penemuan mayat mangsa.

Presiden Israel, Isaac Herzog, ketika ditemu bual secara eksklusif oleh saluran televisyen milik kerajaan Arab Saudi Al Arabiya di Baitulmakdis. Herzog berkata beliau mengimpikan hubungan damai antara Israel dan Arab Saudi serta berharap dapat menjalin dialog yang lebih erat antara kedua-dua negara, di samping menegaskan sokongan Israel terhadap usaha diplomatik serantau dan hubungan rapatnya dengan Amerika Syarikat.
DuniaJul 17, 2026 | 11:17 AM

Presiden Israel: Impi hubungan damai dengan Arab Saudi

BAITULMAKDIS: Presiden Israel, Isaac Herzog, berkata beliau mengimpikan hubungan damai antara Israel dan Arab Saudi, sambil menyifatkan pemulihan hubungan dengan Riyadh sebagai langkah penting untuk mewujudkan keamanan berkekalan di Asia Barat.

Dalam wawancara khas bersama saluran televisyen milik kerajaan Arab Saudi, Al Arabiya, yang disiarkan 16 Julai, Encik Herzog berkata beliau berharap suatu hari nanti dapat bertemu secara rasmi dengan...

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video