Sayur-sayuran tempatan daripada sekurang-kurangnya tiga ladang di Singapura tidak akan dijual lagi di pasar raya FairPrice.
Keputusan itu, sebahagian daripada semakan produk berkala FairPrice, menonjolkan pergelutan antara menyediakan pelanggan produk bernilai terbaik dengan usaha nasional untuk menyokong penanam tempatan bagi meningkatkan daya tahan makanan, kata pihak industri.





