Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mencelup jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat kekal bagi menandakan beliau telah selesai membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada 11 Julai.
MalaysiaJul 11, 2026 | 7:58 PM

PRN Johor: Lebih 67% warga keluar undi

Warga Johor telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada 11 Julai di tengah-tengah keprihatinan seperti isu kenaikan kos sara hidup dan kemampuan perumahan.

PRN yang diperhatikan dengan teliti itu menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) yang memerintah dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel podcast langsung Berita Harian (BH) bertajuk “Minat Warisan Budaya, Belia Boleh Berjaya?” sempena Festival Belia DKSG 2026 di Taman Warisan Melayu pada 11 Julai. Dari kiri, penerbit NoTapis BH selaku moderator, Cik Natasha Mustafa; Pengarah Eksekutif 4PM, Encik Didicazli Ismail; pengasas syarikat teknologi dan arkitek data, Encik Shamir Rahim dan tukang karut muda Politeknik Republic, Cik Nur Syahindah Aqilah Zakaria.
SingapuraJul 11, 2026 | 8:51 PM

Pelbagai peluang, laluan kejayaan untuk belia yang minat dalam warisan budaya

Terdapat banyak peluang untuk berkembang dan pelbagai laluan kejayaan yang boleh dikecapi bagi belia yang berminat menerokai bidang warisan budaya.

Malah, penglibatan dalam seni dan warisan budaya bukan sahaja memperkukuh jati diri, ia membina pelbagai kemahiran seperti kreativiti, keyakinan diri, daya tahan, kepimpinan dan komunikasi yang semakin penting dalam dunia pekerjaan hari ini, kata satu panel dalam podcast langsung Berita...

Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, mengumumkan beberapa inisiatif hasil maklum balas yang dikumpulkan daripada ratusan belia dari pelbagai latar belakang yang ditemui Pasukan Petugas Pembangunan Belia Melayu/Islam akan diumumkan sempena Festival Belia M³+ pada 22 Ogos ini.
SingapuraJul 11, 2026 | 8:11 PM

Pasukan petugas pembangunan belia Melayu/Islam bentang inisiatif baru pada Ogos

Pasukan Petugas Pembangunan Belia Melayu/Islam akan melaksanakan maklum balas yang sudah diterima daripada masyarakat sejak ia ditubuhkan, kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Cik Rahayu berkata beberapa inisiatif yang merupakan hasil maklum balas dikumpulkan menerusi sesi bersama golongan belia akan diumumkan sempena Festival Belia M Kuasa Tiga + (M³+) di Taman Warisan Melayu pada...

Platform WhatsApp juga akan melancarkan ciri baru pada lewat 2026 yang membolehkan pengguna menyembunyikan nombor telefon mereka dan memaparkan nama pengguna pilihan mereka.
DuniaJul 11, 2026 | 7:18 PM

WhatsApp perkenal ciri privasi terkini, kunci nama ahli politik S’pura

Platform pesanan popular, WhatsApp, akan melancarkan ciri baru yang membolehkan pengguna menyembunyikan nombor telefon mereka dan menunjukkan nama pengguna pilihan mereka.

Menurut The Straits Times (ST), menjelang pelancarannya pada lewat 2026, platform itu telah mengunci nama pengguna berprofil tinggi seperti @LawrenceWong, @OngYeKung dan @VivianBalakrishnan.

Acara memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Mendaki dengan syarikat teknologi maklumat, NCS, pada 11 Julai dihadiri (dari kiri) Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, selaku tetamu terhormat; Ketua Pegawai Eksekutif NCS, Encik Sam Liew; Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Encik Mohamed Feroz Mohamed Akber; dan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga pengerusi Mendaki.
SingapuraJul 11, 2026 | 5:13 PM

Mendaki meterai 2 MOU, tingkat peluang dalam teknologi, pembelajaran sepanjang hayat

Yayasan Mendaki telah memeterai dua memorandum persefahaman (MOU) pada 11 Julai dalam usaha untuk memperkukuh peluang buat masyarakat Melayu/Islam bukan sahaja dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), malah dalam memupuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan tenaga kerja.

MOU tersebut ditandangani sewaktu acara Raikan Ilmu anjuran Mendaki yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands.

Angin kencang menggoncang pokok di sekitar pelabuhan ketika Taufan Bavi melaluinya, di Ishigaki, Jepun, pada 11 Julai 2026.
DuniaJul 11, 2026 | 4:20 PM

Taufan Bavi landa pulau-pulau selatan Jepun, Taiwan pindahkan ribuan penduduk

ISHIGAKI, Jepun/TAIPEI: Taufan ‌Bavi melanda rangkaian pulau Sakishima selatan Jepun dengan hujan lebat dan angin kencang pada 11 Julai ketika ia menuju ke arah Taiwan, mendorong pihak berkuasa untuk memberi amaran tentang risiko banjir dan tanah runtuh.

Di pulau Ishigaki, sebahagian daripada wilayah Okinawa, serpihan kecil dapat dilihat berterbangan di jalan-jalan raya yang sepi, dengan hanya beberapa kenderaan dilihat mengharungi...

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video

[BHGN 3] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video

[BHGN 2] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video