Hubungan antara Singapura dengan Malaysia tidak pernah dan tidak boleh bersifat transaksional sama sekali, kerana ia dibina atas dasar saling menghormati, persefahaman mendalam dan mengatasi perbezaan dengan berdialog, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Beliau berkata kerjasama antara kededua negara ini didorong bukan sahaja oleh warisan serupa yang dikongsi bersama, malah oleh persefahaman terhadap kepentingan negara masing-masing dan “pembangunan simbiotik” merangkumi, antara...





