BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel meluluskan rancangan membina kira-kira 450 unit rumah petempatan baharu di kawasan kejiranan Palestin di Umm Lison, Baitulmakdis Timur yang diduduki.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan projek itu akan mengubah komposisi penduduk serta meningkatkan ketegangan di kawasan berkenaan.





