Apa yang pada mulanya sekadar hobi keluarga bagi mengurangkan masa menghadap skrin akhirnya membawa Ahmad Yusuf Ahmad Bahrain, enam tahun, ke pentas tertinggi pertandingan Beyblade di rantau ini.
Murid Darjah Satu Sekolah Rendah Pioneer itu bukan sahaja muncul juara Kejohanan Beyblade G1 Singapura bagi kategori ‘Regular’ bagi peserta berusia enam hingga 12 tahun, malah merangkul gelaran juara Piala Asia Tenggara...





