Meskipun menerima kritikan dan laporan yang dibuat terhadapnya berhubung perkhidmatan dandanan kucing yang ditawarkan, pempengaruh Encik Mohamad Hussin Said, lebih dikenali sebagai Mangobossku, terus mempromosikan perkhidmatan tersebut di media sosial.
Dalam hantaran terbaharunya pada 11 Julai yang mengiklankan perkhidmatan itu, beliau menegaskan bahawa tiada niat untuk menyakiti atau mendera kucing, sebaliknya usaha itu dilakukan demi kebaikan serta kebersihan haiwan berkenaan.





