syed saddiq
MalaysiaJul 17, 2026 | 1:45 PM

Misi 170km Syed Saddiq: Kutipan Larian Kesyukuran Muar kini kumpul lebih RM50,000

KUALA LUMPUR: Hari pertama Larian Kesyukuran yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya mengumpul RM54,692 ($17,293), bagi menghampiri sasaran kutipan RM200,000 sebelum ini.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook, Syed Saddiq menyifatkan sambutan yang diterima sepanjang laluan larian dari Putrajaya ke Salak Tinggi sebelum berakhir di Labu, di Negeri Sembilan, amat luar biasa apabila orang...

Perdana Menteri Lawrence Wong telah mengutuskan surat ucap tahniah kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baru, Encik Andy Burnham.
SingapuraJul 20, 2026 | 9:44 PM

PM Wong ucap tahniah kepada Perdana Menteri baru UK

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah mengutuskan surat ucap tahniah kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baru, Encik Andy Burnham.

Dalam suratnya kepada Encik Burnham pada 20 Julai, Encik Wong berkata Singapura dan UK menikmati hubungan dua hala yang erat dan berkekalan, disokong oleh Perkongsian Strategik kedua-dua negara.

Pelajar Madrasah Aljunied Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa, Cik Hannah Yusra Rashid, 19 tahun (kiri) dan Encik Ahmad Eimran Darwisy Mohammed Suhaimi, 19 tahun, masing-masing menerima Biasiswa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Biasiswa Syed Isa Semait (SISS). Secara kesimpulannya, terdapat tiga penerima SISS dan dua penerima Biasiswa MUIS bagi 2026.
SingapuraJul 20, 2026 | 9:20 PM

MUIS lancar program pacu pembangunan asatizah

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah memperkenalkan sebuah program pembangunan bakat baharu yang direka khusus bagi memperkukuhkan keupayaan kepimpinan golongan asatizah di Singapura.

Program Pembangunan Kepimpinan Agama (RLDP), yang dilancarkan pada 20 Julai, bakal menyokong pembangunan berterusan para asatizah melangkaui pendidikan rasmi.

Speaker Parlimen, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights, Encik Seah Kian Peng (tengah), berkata tugasan di Kembangan akan berjalan seperti biasa dan para AP lain di GRC itu akan bekerja keras.  Beliau ditemani dua lagi anggota pasukan itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming (kanan); dan Cik Diana Pang, di cawangan PAP Kembangan di Blok 413 Eunos Road pada 20 Julai.
SingapuraJul 20, 2026 | 9:03 PM

PAP ambil langkah perkukuh pasukan GRC Marine Parade-Braddell Heights

Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan mengambil langkah tambahan untuk memperkukuh pasukan di GRC Marine Parade-Braddell Heights, setelah Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim melepaskan jawatan politik.

Demikian dikongsi Pengerusi PAP, yang juga Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, ketika menemui wartawan di cawangan PAP Kembangan di Blok 413 Eunos Road pada 20 Julai.

Faishal Ibrahim, masyarakat Melayu/Islam, Halimah Yacob
PolitikJul 20, 2026 | 8:50 PM

Halimah: Faishal berusaha gigih dekati masyarakat Melayu/Islam

Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob berkata Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah berusaha gigih untuk mendekati masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2025.

Beliau berkata demikian berdasarkan maklum balas daripada ramai ketua Melayu/Islam yang berinteraksi dengannya, kata Puan Halimah.

Andy Burnham bersama isterinya, Marie-France van Heel, bergambar di hadapan kediaman rasmi 10 Downing Street di London pada 20 Julai selepas Raja Charles III melantiknya sebagai Perdana Menteri baharu Britain dan meminta beliau membentuk kerajaan. Burnham mengambil alih kepimpinan negara ketika Britain berdepan cabaran ekonomi, kos sara hidup yang tinggi dan ketidaktentuan politik menjelang pilihan raya umum 2029.
DuniaJul 20, 2026 | 8:46 PM

Burnham ganti Starmer sebagai PM Britain keenam dalam sedekad

LONDON: Raja Britain, Raja Charles III, pada 20 Julai secara rasmi melantik Encik Andy Burnham sebagai Perdana Menteri baharu selepas Encik Keir Starmer menyerahkan peletakan jawatannya, sekali gus menamatkan tempoh pemerintahannya selama dua tahun yang dipenuhi pelbagai kontroversi politik dan cabaran ekonomi.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan memaklumkan Encik Burnham menerima pelantikan itu selepas menghadap Raja Charles III di Istana...

Zaqy hadiri acara pertama selaku Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Play Video

Desmond Lee: Tiada pilihan raya kecil diadakan
Play Video

Zaqy beri jaminan terus berkhidmat kepada masyarakat
Play Video

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video