Kes saman fitnah yang difailkan terhadap Bloomberg bukan tentang kebebasan media, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.
Sebaliknya, ia menyentuh persoalan sama ada sesebuah organisasi berita boleh dengan niat jahat menyasar individu, serta menerbitkan “tuduhan serius yang berasaskan kepalsuan”.





