Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata beliau akan berkhidmat bersungguh-sungguh kepada masyarakat Islam sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang baru.
Bercakap kepada media pada 20 Julai beberapa jam selepas Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim meletak jawatan, Encik Zaqy memberi jaminan beliau akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dan pemimpin masyarakat...





